Kuiz Kahoot Etika Pengguna Pusat Internet Dan Advokasi

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2020 yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan Kuiz Kahoot Etika Pengguna Pusat Internet dan Advokasi kepada 5 orang peserta. Kelas yang diadakan telah mengikut SOP yang telah ditetapkan seperti mencatat nama peserta, pengesanan suhu badan, kebersihan diri, penjarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta agar menjadi pengguna Pusat Internet yang lebih beretika dan memberi kesedaran agar menjadi pengguna teknologi yang lebih bijak melalui penerangan Advokasi.

Melalui Kuiz Kahoot Etika Pengguna Pusat Internet, peserta telah diberikan beberapa taklimat atau penerangan ringkas mengenai etika dan peraturan yang harus dipatuhi apabila berada di Pusat Internet. Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan lagi nilai disiplin dalam kalangan peserta dan untuk pengguna Pusat Internet yang akan datang. Selain itu, peserta telah dipertontonkan dengan video Advokasi yang memberi maklumat mengenai E-Waste dan Check Your Label agar meraka lebih memahami penerangan dan situasi yang hendak disampaikan. Oleh itu, peserta dapat menjadi pengguna Pusat Internet dan teknologi yang lebih bijak pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali